Soalan, Apakah hukum seorang suami gemar menghisap bu4h d4d4 isteri
sambil terminum 5usunya sewaktu melakukan hubungan s3ks. Ini kerana
suami amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan si isteri juga
menikmatinya. Pada masa yang sama, si isteri menyusukan anak perempuan
berusia 10 bulan.

Jawapan, P3rsetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal
melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk
mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan
mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan
keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan
dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan
keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di
antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya
membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati
keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang
diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam
mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah,
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Isteri-isteri kamu adalah
sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu
menurut cara yang kamu
sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan
bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan
menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai
Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.”
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu
dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah
kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu
sukai.Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna “kebun” itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun” dalam ayat ini adalah satu
perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu
di mana ia boleh tumbuh”.
Allah SWT memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak
sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak.
Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut,
seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang
menjimak du13ur isteri dan lain-lain.
Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada
secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu.dara isteri ketika
berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih
baik tidak menghisapnya sampai terminum su5u dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang
menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan
kuman.Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si
suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki
itu bapa susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram!
Sumber : Google.com